Pages

Sunday, March 7, 2010

jika aku jatuh cinta♥ ♥



Cinta itu adalah suatu yang indah. Ia bukanlah suatu yang jijik, bahkan ia bukanlah bertentangan dengan naluri keinsanan atau bertentangan dengan agama. Seorang sahabat Nabi S.A.W pernah berkata dengan seorang sahabat yang lain: “Daku dapati bahawa anak kamu telah jatuh cinta kepada seorang wanita.” Lantas sahabat tadi menjawab, “Aku bersyukur kepada Allah kerana anakku berada dalam fitrah yang betul.” Ini kerana, sememangnya lelaki itu mencintai wanita.

Percintaan dialam persekolahan sememangnya perlu diberi penekanan tegas, kerana di sana tidak nampak akan jalan pernikahan. Namun berbeza dengan pelajar di IPT, adalah diberi kelonggaran kerana jalan untuk bernikah itu ada. Kelonggaran yang dimaksudkan di sini ialah, pelajar-pelajar tersebut diberikan pendekatan untuk bagaimana mereka menguruskan cinta kerana tiada halangan bagi mereka untuk bernikah di pusat pengajian tinggi.

Apabila datangnya perasaan cinta ke atas diri kita, itu adalah perkara yang normal bagi seorang insan. Janganlah kita berasa malu apabila rasa suka dan cinta kepada seseorang tiba-tiba timbul di dalam hati. Tetapi bagi seorang yang bergelar muslim dan muslimah, kita diberikan cara untuk bagaimana menguruskan cinta itu agar berada di jalan yang betul, serta menjadi asas yang kukuh untuk kita martabatkan tanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi.

Firman Allah S.W.T yang berbunyi:

”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah". (Surah Az-Zaariyat: 49)

Telah dinyatakan di dalam Tafsir Al-Qurtubi:

“Kami ciptakan berpasangan- iaitu Allah jadikan lawan bagi iman adalah kufur, derita lawannya gembira, kesihatan lawannya kesakitan, petunjuk lawannya kesesatan, malam lawannya siang, langit lawannya bumi, manusia lawannya jin, semuanya Allah jadikan secara berpasangan, demikian jugalah Allah menjadikan lelaki untuk perempuan,untuk bersenang hati kepada pasangan”

(Untuk bersenang hati kepada pasangan: iaitu untuk berkongsi serta menunaikan segala keinginan kemanusiaan yang betul kepada pasangannya.)

Antara Cinta dan Keinginan Syahwat


Cinta dan syahwat adalah dua perkara yang berbeza. Cinta itu bukanlah syahwat dan syahwat itu hanyalah merupakan satu cabang darinya. Orang yang gila syahwat ibarat orang yang menyukai semangkuk makanan, apabila ia telah kenyang, ia akan menyingkiri makanan tersebut. Mereka bukanlah cinta tetapi cinta kepada syahwat. Sebab itu kedapatan banyak berlaku penceraian dengan begitu mudah kerana ramai orang yang berkahwin hanya kerana dorongan ini sahaja. Apabila telah tertunai nalurinya, dengan mudah berlaku penceraian malah dengan semudah itu pula mereka ingin berkahwin lain. Apabila asas itu tidak kukuh umpama ia membina sebuah bangunan yang rapuh dan menunggu masa untuk runtuh. Andainya ia amat mencintai wanita itu kerana kecantikan dan syahwat, suatu masa nanti kecantikan itu akan pudar. Lain halnya dengan orang yang benar-benar cinta kerana agamanya, perasaan cinta itu akan kekal sekalipun ia dapat atau tidak menunaikan nalurinya. Seandainya ditakdirkan bahawa isteri yang baru dinikahinya mengidap penyakit barah rahim, kerana keikhlasan cintanya dia
sanggup menjaganya.





Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada isterinya ketika beliau menerima jawatan sebagai khalifah, bahawa beliau akan menguruskan jawatannya dengan baik. Isterinya diberi pilihan, sama ada dunia atau dirinya. Lalu isterinya memilih untuk bersamanya. Pernah seorang bertanya kepada isterinya, apakah perkara yang paling agung yang berlaku semasa Umar menjadi khalifah. Beliau mengatakan, “Sepanjang beliau menjadi khalifah, aku tidak pernah mandi junub.” Beliau tiada masa untuk bersama isterinya kerana sibuk dengan urusannya menjadi khalifah. Namun begitu, isterinya tetap cinta kepada suaminya.
Sebab itu apabila perasaan cinta kepada pasangan itu mengatasi keinginan syahwatnya, yang dibina di atas dasar agama, barulah akan lahir cinta yang sejati dan mereka tidak akan mendedahkan keaiban masing-masing kepada orang lain apabila berlaku sebarang masalah dalam rumahtangga mereka. Ini kerana banyak berlaku di mahkamah, di mana si isteri atau si suami sanggup mendedahkan keaiban pasangannya di hadapan khalayak. Lantaran itu, pernikahan itu hendaklah didasari dengan niat untuk mengamalkan tuntutan agama dan mengikut sunnah Nabi-Nya. Jika tidak, bila- bila masa sahaja rumahtangga yang dibina akan mudah runtuh.



Panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu


Saidina Ali r.a pernah mengingatkan :Justify Full
“Sesungguhnya yang aku kuatiri terhadap anda semua adalah dua perkara ; iaitu panjang angan-angan dan mengikuti hawa nafsu. Kerana sesungguhnya panjang angan-angan itu akan melupakan akhirat, sedangkan mengikuti hawa nafsu itu akan menghalang dari kebenaran.”

Panjang angan-angan akan menyebabkan manusia menjadi khayal dengan dunianya dan melupakan akhirat. Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya kita berangan-angan untuk mengimarahkan alam ini dengan perancangan yang tinggi dan betul, tetapi biarlah ia berdasarkan kemampuan diri kita. Sememangnya ada pendapat yang mengatakan bahawa khayalan itu akan menjadi kenyataan, tetapi biarlah bertepatan dengan kekuatan diri , sama ada kita mampu atau tidak untuk mencapainya. Islam telah menggariskan panduan agar kita selalu bermesyuarat dengan orang yang arif dengan sesuatu bidang yang ingin kita lakukan. Tetapi syaitan sentiasa mencuba untuk menyamarkan umat Islam agar tidak tertarik lagi dengan keindahan Islam. Sebab itu, orang yang selalu berangan-angan tinggi akan melupakan akhirat. Dia akan terlupa bahawa segala amalan dan perbuatannya akan dihisab di akhirat kelak.


Lantaran itu, ada ulama’ yang mengatakan, seeloknya tidur sahaja sekiranya tiada kerja yang perlu dilakukan selepas waktu Isyak, kemudian digalakkan untuk bangun pada tengah malam untuk beribadah dan mengulangkaji pelajaran. Tetapi kedapatan ramai pelajar yang membuang masanya dengan bersembang bersama rakan-rakan di kedai-kedai makan sehingga larut malam, kemudian menyambung lagi perbualan setelah pulang ke asrama dan tidur setelah jam 2 atau 3 pagi. Akibatnya, ramai yang terlewat subuh, apalagi untuk ke kuliah. Kalaupun hadir ke kuliah, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pensyarah dan apa yang dipelajari lantaran perasaan mengantuk yang menguasai mereka. Disebabkan mereka lalai dari akhirat, maka mereka hidup dengan tiada perancangan dan mengakibatkan masa terbuang begitu sahaja. Lantaran itulah Islam mengingatkan kita dengan pelbagai peringatan melalui solat dan tazkirah-tazkirah agama agar kita mengambil pengajaran. Ini kerana orang yang sentiasa hidup dengan berangan-angan, dia tidak akan mendengar apa hikmah disebalik seruan azan, malah meneruskan kegiatan harian mereka tanpa menghiraukan penentu utama seluruh kehidupannya iaitu solat. Kerana, dengan solatlah seseorang itu dapatkan menterjemahkan baik buruk akhlaknya.


Orang yang mengikut hawa nafsunya tidak akan dapat melihat kebenaran tetapi sebaliknya hanya memandang kepada maksiat dan dosa-dosa. Apabila selalu bergelumang dengan maksiat, maka dia akan turut tersungkur bersama-sama maksiat yang dilakukannya. Sebab itu, jangan sekali-kali kita memberi ruang kepada nafsu. Kerana, hanya dengan sekali hambatan, ia akan meruntun untuk melakukannya buat kali kedua. Apabila sekali seseorang itu menonton VCD lucah, ia akan meruntun untuk menontonnya buat kali kedua. Bagitu juga jika sekali seseorang itu menyentuh tangan wanita, nafsu akan memperdaya hati untuk menyentuh anggota yang lainnya pula. Nabi saw menisbahkan apabila seorang lelaki menyentuh tangan wanita, lebih dasyat daripada menyentuh kulit babi.


Apabila seseorang itu selalu mengikutkan nafsunya, ia tidak akan menghiraukan kebenaran, malah akan menolaknya. Ketika itu, segala nasihat agama takan dihiraukan, malah nasihat ibu dan bapanya tidak akan dipedulikan.


“Andai pjuangan ini mudah, pasti ramai mnyertainy..
Andai pjuangan ini singkat, pasti ramai y istiqamah..
Andai pjuangan ini mjanjikan ksenangan dunia
Pasti rmai y tertarik dnganny..
Tapi hakikat pjuangan bkn bgitu..
Turun naiknya, sakit pdihnya..
Umpama kmanisan y x tharga..
Andai rebah, bangkitlah smulA..
Andai terluka, ingatlh janjinya..”


Mata tertipu, pada indah dunia ,
Lalu jatuh ke hati,
lantas bayangan sering menerpa,
setitis embun jatuh tiba-tiba,
merentasi benua hati dan jiwa ,
embun cinta,
lantas melebarkan sayapnya,
dalam relung hati yang lara,
kala itu tertariknya Qais kepada Laila,
dara pada teruna,
Semua terpana pada dia,
seakan hati terpaku terpesona,
Lembut tutur indah bicara,

Cinta itu fitrah
bingkisan indah penglipur lara,
senyum terukir,
manis bicara,
janji dipatri setia,
mekar berbunga..
bulan dan bintang menjadi saksi,
lautan api sanggup direnangi,
semarak cinta kian meninggi,
memukau hati,
melantun jemari,
bisa cinta tidak terasa,
lantaran hati dibius lara,
tiada dihirau segala dosa,
tiada malu pada Yang Esa,
Lalu terhakis hijab segala,
haram jadi halal,
dusta jadi agama,
alangkah pedih azab di sana,
namun kehidupan indah terasa,
lantaran dia masih bersama,
di hati, di mata, selalu di jiwa..
hebatnya jarum memukau mata,
hati yang taqwa hilang serinya,
lantaran selalu mengabai agama,
menyulam cinta dengan dosa,
sering tenggelam lautan asmara,
syaitan memukau menambah perisa,
hilangkah pedoman,
kemanakah perginya,
tiadakah Tuhan, melihat hamba-Nya?
Akhirnya hati yang telah terseksa,
dengan panahan sang arjuna nestapa,
kini merintih mencari makna,
kemanakah diri sekian lama,
akal diikat ,
hati merana,
lantaran hidup selalu terleka,
cinta yang didamba tiada bahagia,
lantaran berterusan membuat dosa,
mata yang hina,
menitiskan tinta,
bukan ditulis tetapi insaf terasa,
hidup kian menghitung waktunya,
kenapakah dulu tak sedar segala,
namun ujian sering menimpa,
diri meraung meminta kasih-Nya,
terimalah diri,
terimalah taubatnya,
moga Allah ampuni segala..

No comments:

Post a Comment