Thursday, June 24, 2010

4 Tahun Diberi Makan Ulat!! Amah Kejam!



Kisah benar Dari Mekah =>


sebenarnya,kisah nie da lama..cuma saje nk b'kongsi cerita...smoga m'jdi iktibar buat kita..wallahualam..

Empat Tahun Di Beri Makan Ulat




Mekah, tanah suci yang diidam-idamkan oleh umat Islam untuk menjejakkan kaki dan menunaikan fardu Haji. Rakyat Malaysia khususnya, ramai yang sudah berkerja, bermastautin dan menjadi warganegara Arab Saudi


Dikisahkan sepasang suami isteri Melayu Malaysia yang sudah lama bermastatutin di Arab Saudi. Walaupun mereka pemastautin tetap namun anak mereka sudah warga negara Arab Saudi. Ahmed dan isterinya Fatimah (bukan nama sebenar) tinggal dimekah hampir 10 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki, Muhamad(bukan nama sebenar). Fatimah bekerja sebagai guru manakala Ahmed pula bekerja dengan syarikat swasta. Oleh kerana Kedua-dua mereka bekerja sepenuh masa, mereka mengambil seorang amah, Tini(bukan nama sebenar) selepas Muhamad dilahirkan.


Kini, telah empat tahun Muhamad diasuh dan dibesarkan oleh Tini, namun Muhamad bukannya semakin aktif malah semakin kurus, kecil dan selalu sahaja sakit-sakit. Paling ketara apabila selepas hari raya aidilfitri, Muhamad langsung tidak berselera makan, lemah, tidak bemain seperti kanak-kanak lain dan selalu demam bila malam hari. Melihat Muhamad selalu sakit, Ahmed membawa Muhamad ke Hospital untuk diperiksa. Apabila diperiksa tiada pula tanda2 menunjukkan Muhamad sakit serius.


Apabila disuap sendiri oleh Fatimah dengan makanan, hanya sedikit sahaja yang dimakan oleh Muhamad. Apabila ditanya kepada amahnya, Tini menjawab begitulah Muhamad apabila disuap,hanya sedikit sahaja yang dimakan. Fatimah berasa risau dengan perubahan itu. Masuk minggu kedua, Muhamad semakin teruk. Badan semakin kurus, darah keluar dari hidung dan suhu badan meningkat dengan tiba-tiba. Ahmed dan Fatimah panik, mereka terus ke hospital. Apabila di x-ray seluruh badan, tiada kesan atau tanda2 penyakit. Namun, satu sahaja yang tidak dibuat oleh pihak Hospital, iaitu x-ray kepala Muhamad. Muhamad dirawat sehingga sihat dan segar serta dibenarkan pulang.


Namun tiga hari kemudian, Muhamad kembali sakit. Sekali lagi mereka terpaksa berulang lagi ke hospital. Apabila agak sihat Muhamad dibenarkan pulang semula. Waktu itu Ahmed berasa agak hairan apabila setiap kali pulang daripada hospital Tini berkelakuan resah.Dia syak ada sesuatu yang disembunyikan oleh amahnya itu..Lalu Ahmad dan Fatimah cuba berusaha dan berpakat melakukan sesuatu..


Oleh kerana mereka rasa tidak sedap hati, kedua-dua berpakat dan membuat rancangan keesokkan harinya. Esoknya seperti biasa, mereka bersiap untuk pergi kerja. Fatimah pun meninggalkan pesan kepada Tini. "hari ini saya pergi kerja sebab cuti dah habis. Jadi, saya akan balik dan bawa Muhamad ke Hospital petang nanti. Tini jagalah Muhamad baik2 sebab dia dah sihat sikit hari ini ya!". Tini mengangguk dan menundukkan kepala tanda hormat. Pada masa yang sama Fatimah membawa kunci pendua rumahnya untuk rancangan yang mereka buat semalam.sebaik sahaja kereta keluar pagar rumah, Tini terus mengunci pintu dan masuk ke dalam. Ahmed berpatah balik dan menurunkan Fatimah di depan rumah. Secara senyap2 Fatimah masuk ke dalam dan bersembunyi di dalam alamari pakaian Tini. Fatimah membuka sedikit pintu almari untuk melihat keadaan luar..Setengah jam kemudian Tini masuk dengan membawa sebiji mangkuk bersama anaknya.Fatimah tertanya-tanya apa yang hendak dilakukan oleh Tini.


Beristigfar panjang Fatimah apabila melihat dalam mangkuk itu adalah ulat-ulat bangkai. Bertambah terkejut apabila dia melihat Tini menyumbatkan ulat-ulat bangkai itu ke dalam mulut dan hidung anaknya. Muhamad yang meronta-ronta sempat berkata. " sudahlah tu Kak! Nak bagi pun sikit2 cukuplah. Saya tak tahan lagi hari2 kakak bagi".Sayu suara Muhamad meminta belas kasihan. Menyirap darah Fatimah melihat kejadian itu.Segera dia membuka pintu almari dan menerkam Tini. Tini tidak sempat melarikan diri. Fatimah yang sedang marah memukul Tini sepuas hatinya. Apabila sudah lemah, Tini diikat supaya tidak dapat melarikan diri. Fatimah menghubungi suaminya. Setengah jam kemudian apabila Ahmed tiba, sekali lagi Tini dikerjakan kemudian barulah mereka menghubungi pihak polis untuk tindakan susulan.

Muhamad pula dibawa kehospital untuk diperiksa sekali lagi.Dan kali ini kepala pula di x-ray. Rupa-rupanya selama ini, Setiap hari Muhamad disumbat ulat oleh Tini ulat-ulat itulah yang memakan otak Muhamad sedikit demi sedikit. Oleh kerana ulat itu tidak boleh bertahan lama, maka Tini menyumbatnya setiap hari supaya Muhamad terus sakit dan tidak menyusahkan dia lagi.Apabila diperiksa oleh Fatimah di dapurnya, ulat2 itu didapati dari daging mentah yang sengaja disimpan lama sehingga keluar ulat. Tini dijatuhkan hukuman sewajarnya dan bagi Ahmed dan Fatimah , peristiwa itu memberi pengajaran kepada mereka sekeluarga. Dan berharap tidak akan berulang lagi kepada mereka atau org lain...wallahualam...


kelolaan : Wan Mahani Wan Hassan bersama : Ustaz Hj. Md.Daud Che Ngah

sumber : Facebook somebody...

No comments:

Post a Comment